Bandaraya Kuala Terengganu


KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kuala Terengganu akan dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya berkuatkuasa 1 Jan tahun depan, demikian diumumkan di sini hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis pengisytiharan itu akan dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan pihak berkuasa tempatan ke-12 yang bertaraf bandar raya selepas Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Shah Alam, Melaka, Alor Star, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Miri.

Langkah menjadikan Kuala Terengganu sebuah bandar raya bukan sahaja dapat meningkatkan mutu perkhidmatan perbandaran kepada penduduk, ia juga dapat membantu kerajaan negeri menjana pertumbuhan ekonomi lebih pesat dalam pelbagai sektor serta menarik pelabur dan pelancong asing ke Terengganu, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

Read More...

cm mana niii

tak tahu nk updated ni...

Read More...

Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com. Best view with firefox.